Sunday 19 June 2011

Tajuk:PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN BAHAN P&P BERASASKAN WEB - Webquest BAGI MATA PELAJARAN ICT.

 
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB%5B07%5D.pdf


Jurnal ini telah menghuraikan tentang perkembangan ICT yang telah menukar wajah P&P melalui penggunaan komputer,LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih.Pelajar dapat akses kepada pelbagai jenis maklumat dari pelbagai sumber.Ia meliputi "belajar tentang ICT" dan "belajar dengan ICT".Pelajar dapat terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang merangkumi sesi perbincangan maya.Ilmu yang disampaikan juga perlu sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.Tetapi untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai subjek ini dalam masa yang lebih cepat, enam komponen Webquest telah direka bentuk untuk pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet.Kelebihannya ialah kandungan dan maklumat yang disampaikan adalah teratur , memudahkan pembelajaran,menarik perhatian untuk belajar, tidak membosankan dan memudahkan pelajar membuat rujukan.Kesimpulannya saranan kerajaan Malaysia supaya mengaplikasi ICT di sekolah sangat tepat setanding dengan negara maju yang lain di dunia

Bank Soalan UPSR

Bank Soalan Bahasa Melayu UPSR
Soalan-Soalan Tahun Lepas
Semua guru yang berminat untuk mengumpul koleksi soalan-soalan UPSR bolehlah lawati URL ini..


Banyak soalan UPSR tahun lepas yang dapat diperolehi untuk kegunaan seharian memandangkan peperiksaan UPSR akan tiba tidak lama lagi.

Penggunaan ICT Dalam Proses P&P

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran.
Manfaat ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
1. meluaskan lagi konsep pembelajaran
2. menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar
3. meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi sila klik URL di bawah ini.

Cara Membina Blog

Langkah 1
Taip http://www.blogspot.com/ untuk melayari laman utama Blogger.


Langkah 2
Masukkan alamat emel anda serta 'password' dan  tekan 'sign in' untuk log masuk.

Langkah 3
Terus klik pada butang Daftar Diri untuk Blogger' seperti yang telah dipaparkan.  Pilih nama yang sesuai untuk laman blog anda dan masukkan ke dalam ruang 'papar nama' seperti yang tertera. Pilih juga alamat laman blog anda dengan sesuai.  Klik butang 'teruskan'.

Langkah 4
Klik pada ‘create your blog now’ untuk teruskan


Langkah 5
Pilih nama yang sesuai untuk dibuat blog address(URL). Klik teruskan.

Langkah 6
Anda akan diberi pilihan bagi memilih templet permulaan untuk laman blog anda.



Langkah 7
Proses membuat blog anda telah selesai. Anda boleh memulakan blog anda.

Monday 6 June 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur Al-Hamdulillah, dengan terkial-kialnya aku dapat menapak selangkah ke platform baru di dalam dunia siber.

Di sini ingin sekali memperkenalkan diri. Saya Hasni Binti Mohamad Salleh. Seorang isteri & ibu kepada empat orang cahaya mata. Bertugas sebagai guru di salah sebuah institut pengajian sekolah rendah di kedah. Cukuplah dengan pengenalan serba ringkas itu.

Rasanya posting ini hanyalah permulaan. InsyaAllah akan menyusul tiba akan datang. Kepada blogger yang lebih kanan, silalah komen & memberi tips-tips berguna tentang pengendalian blog ini.

Sekian, terima kasih.