Monday 10 September 2012










UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN
JABATAN PENGAJIAN BAHASA

 








SGRM 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



                                                             TUGASAN 1

Terdapat 12 kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Huraikan empat kategori tatabahasa bahasa Melayu berdasarkan aspek-aspek dibawah:
·        Kenal pasti tokoh/pelopor setiap kategori tersebut.
·        Jelaskan idea asas yang dibawa oleh pelopor tersebut.
·        Perincikan kepentingan setiap kategori tersebut.



                                           DISEDIAKAN OLEH:


1

210175

710831025820

HASNI BINTI MOHAMAD SALLEH

2

210176

730519035109

MD RANI BIN OMAR

3

210177

740520026161

KIZZON BIN AHMAD

4

210495

730516105634

AZLIFAH BINTI KAMARUDDIN

 

                                         DISEDIAKAN UNTUK:


                                              DR. HISHAMUDIN ISAM


                                          TARIKH SERAHAN:

                                                                               5 MEI 2012
          

Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara. Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.
            Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsure-unsur ucapan menurut fungsinya.
Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12 kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4 kategori tatabahasa yang akan kami huraikan. Antaranya ialah tatabahasa transformasi generatif, tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional.
TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF
Pengenalan
Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada  tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau  ialah seorang ahli linguistik , pendidik , aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan dibesarkan di Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada tahun 1945 dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania. Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950- an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi generatif dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik.
Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam kalangan para linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia. Pengaruh terhadap tatabahasa Transformasi Generatif  ini bukan hanya setakat di Amerika sahaja malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia Tenggara khususnya Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya iaitu Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971 , Abdullah Hassan melalui bukunya iaitu Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim melalui buku Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang lagi ahli bahasa Transformasi Generatif Melayu.
Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.
 Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi.
Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.
Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.
Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur frasa, komponen transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis.
Rumusan
Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu.
Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah Hj Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti. Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia.

TATABAHASA TRADISIONAL
Pengenalan
Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa.
Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.






 










PELOPOR TATABAHASA TRADISIONAL
Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini. Teori  Tatabahasa Tradisional oleh Panini telah  mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.
IDEA ASAS PANINI
Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig-Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan  rencana bahasa yang lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan.  Dalam hubungan  ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani.  Lalu bahasa Yunani bertapak kepada tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.  Konsep teori ini diikuti oleh huraian.  pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu  terjemahan. Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus.
KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI
Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan kepada penemuan linguistik perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu ‘Logos’.
Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional
Panini ( Zaman India 2- 200 SM)

Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM )

Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM )

Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance )

Jason Grimm ( Zaman Perbandingan )

Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 )



TATABAHASA STRUKTURAL
Definisi Tatabahasa Struktural
Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran  Tatabahasa Struktural menekankan bahawa  tatabahasa: “….. is concerned with the observable forms, structural functions and inter- relations of the components of sentences of stretches of utterance” ( Robins, 1971). Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud “…. merangkumi bentuk –bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan”.

Tokoh- Tokoh Tatabahasa Struktural
Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch, Haris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka. Aliran ini digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian. Tatabahasa Struktural dikait dengan era Linguistik  Moden. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course in general Lingistik. Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai  jirim dan bentuk.
Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand  berkembang dengan  pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik. Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S Haris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Haris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural  Linguistik  (1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji bahasa. Sementara itu tokoh Tatabahasa Struktural  Melayu Era Tahun 1960-an ialah Asmah Hj. Omar (1968)  -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola.”  Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) - An Introduction to Malay Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) - Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V)  dan asraf (1971) - Mari Belajar Bahasa Kita.
Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik  Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah  Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.
Fokus pengkajianTatabahasa Struktural  ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:
·                     Bahasa ialah pertuturan bukan  tulisan
·                     Bahasa ialah satu sistem
·                     Sistem bahasa ialah arbitari
·                     Bahasa adalah untuk perhubungan
Aliran Struktural  menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan  dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata dalam  struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktul memberi  tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis).(Fries, 1957). Secara khususnya cirri-ciri Tatabahasa Struktural ialah
·                      Mementingkan bentuk  atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu
             bahasa
·                     Tidak bertitik  tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam
             sesuatu  unsur  tatabahasa
·                     Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat
·                     Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik
·                     Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan  bukti yang tepat dan betul
Rumusan
Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.

TATABAHASA FUNGSIONAL
Pengenalan
Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) sebenarnya adalah merupakan nama sekumpulan teori linguistik yang secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik fungsional (linguistic functionalism), termasuk di dalamnya functional discourse grammar yang dibangunkan oleh linguis Belanda Simon Dik dan systemic functional grammar yang dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael A. K. Halliday.
Di samping itu juga, pandangan Choamsky yang mendapat penambahbaikan dari Simon C.Dick (1978) telah mengembangkan tatabahasa fungsional. Tata bahasa ini didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi. Dalam pada itu juga, tata bahasa ini tidak diakui sintaksis sebagai sistem yang otonom, melainkan sistem ini didasarkan pada semantik (Dick,1978).
            Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik moden. Tatabahasa fungsionalnya  juga merupakan instrumen simbolik yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi. Pandangan tatabahasa fungsional mendasarkan bahawa struktur bahasa tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip pragmatik diabaikan. Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar konvensyen pragmatik yang menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk kemampuan gramatikal untuk mengekspresi bahasa, sedangkan pragmatik berkemampuan menggunakan ekspresi bahasa secara sesuai demi mewujudkan kejayaan sesebuah komunikasi. Oleh  kerana itu, tatabahasa fungsional melibatkan fungsi sintaksis, fungsi semantik dan fungsi pragmatik.
            Secara umumnya, tatabahasa fungsional (TBF) adalah teori yang berusaha menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsionalnya. Kerana  itulah pengembangan teori ini memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara  yang saling berkaitan, iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi, (2) fungsi hubungan yang terjadi pada pelbagai peringkat susunan tata bahasa, dan (3) sasaran yang ingin dicapai.
     Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-teori tata bahasa fungsional ini harus memenuhi tiga standard, iaitu:
1. Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat diterapkan dalam 
    mana-mana bahasa semulajadi.
2. Pragmatik. Ertinya, rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman mengenai
     bagaimana ungkapan-ungkapan dapat  digunakan secara efektif dalam interaksi
     komunikatif.
3. Psikologi. Ertinya, apa-apa yang dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus
    bersesuaian dengan perkara-perkara yang telah diketahui.
     Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi yang menjadi  perhatian, iaitu:
1. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient], Penerima [Recipient], dsb.)
            Fungsi ini mendefinisikan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam suatu peristiwa atau perbuatan sebagaimana ditunjukkan oleh predikat.
2. Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek).
            Fungsi ini mendefinisikan bagaimana sudut pandang suatu peristiwa atau perbuatan diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang diungkapkan.
3. Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan Fokus).
            Fungsi ini mendefinisikan status maklumat yang diungkapkan  dan menyambung ungkapan-ungkapan yang ada dalam perbincangan atau wacana yang sedang berlangsung itu. Interaksi verbal yang sedang berlangsung juga dapat digunakan sebagai alat analisis atas pelbagai aspek bahasa dan penggunaan bahasa, maka tatabahasa fungsional berupaya sekaligus dapat memaksimumkan tahap  tipologis dan meminimakan peringkat abstraksi analisis linguistiknya. Usaha ini dilakukan dengan mengurangkan kadar abstraksi (aturan, cara kerja, atau prosedur), sehingga jarak antara struktur berdasarkan teori ini dapat disusun dan disempitkan. Sekatan abstraksi dilakukan dengan mengikut prinsip-prinsip berikut:
1. Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur);
2. Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan
    ekspresi;
3. Menolak peranti penapis (filter devices);
4. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai gantinya, hubungan
    semantik antara kata dilakukan melalui definisi makna.)
             Secara ringkas, formal grammar (atau umumnya disebut grammar sahaja) adalah seperangkat aturan yang mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam suatu bahasa atau ilmu mengenai hal itu. Sementara functional grammar adalah model tatabahasa yang memasukkan unsur fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu rangkaian sistem-sistem yang disambungkan dalam menghasilkan makna. Dengan kata lain, tata bahasa atau tatabahasa formal hanya tertarik dengan susunan atau proses penyusunan bentuk kata, frasa, atau ayat, sedangkan, tatabahasa fungsional memusatkan perhatiannya pada bagaimana para pengguna bahasa memilih dan menggunakan bentuk atau susunan kata, frasa, atau ayat tertentu dalam menyampaikan makna yang mereka inginkan. Pilihan yang mereka gunakan itu sudah tentu tidak akan hanya mahal bentuknya saja, tetapi juga hal-hal kontekstual yang lain.
Rujukan
Abdullah Hassan.(2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman .(1984). Permulaan ilmu linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn.Bhd.

Asmah Hj Omar.(2008). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar.(2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Hashim Haji Musa.(1993). Binaan dan fungsi perkataan dalam bahasa Melayu suatu huraian dari         
     sudut transformasi generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa  Dan Pustaka.



Nik Safiah Karim.(1978). Bahasa Malaysia syntax some aspects of its standardization. Kuala 
     Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim.(1993). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood
     (2011).Tatabahasa dewan (edisi ketiga).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.