Sunday, 19 June 2011

Bank Soalan UPSR

Bank Soalan Bahasa Melayu UPSR
Soalan-Soalan Tahun Lepas
Semua guru yang berminat untuk mengumpul koleksi soalan-soalan UPSR bolehlah lawati URL ini..


Banyak soalan UPSR tahun lepas yang dapat diperolehi untuk kegunaan seharian memandangkan peperiksaan UPSR akan tiba tidak lama lagi.

Penggunaan ICT Dalam Proses P&P

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran.
Manfaat ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
1. meluaskan lagi konsep pembelajaran
2. menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar
3. meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi sila klik URL di bawah ini.

Cara Membina Blog

Langkah 1
Taip http://www.blogspot.com/ untuk melayari laman utama Blogger.


Langkah 2
Masukkan alamat emel anda serta 'password' dan  tekan 'sign in' untuk log masuk.

Langkah 3
Terus klik pada butang Daftar Diri untuk Blogger' seperti yang telah dipaparkan.  Pilih nama yang sesuai untuk laman blog anda dan masukkan ke dalam ruang 'papar nama' seperti yang tertera. Pilih juga alamat laman blog anda dengan sesuai.  Klik butang 'teruskan'.

Langkah 4
Klik pada ‘create your blog now’ untuk teruskan


Langkah 5
Pilih nama yang sesuai untuk dibuat blog address(URL). Klik teruskan.

Langkah 6
Anda akan diberi pilihan bagi memilih templet permulaan untuk laman blog anda.



Langkah 7
Proses membuat blog anda telah selesai. Anda boleh memulakan blog anda.

Monday, 6 June 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur Al-Hamdulillah, dengan terkial-kialnya aku dapat menapak selangkah ke platform baru di dalam dunia siber.

Di sini ingin sekali memperkenalkan diri. Saya Hasni Binti Mohamad Salleh. Seorang isteri & ibu kepada empat orang cahaya mata. Bertugas sebagai guru di salah sebuah institut pengajian sekolah rendah di kedah. Cukuplah dengan pengenalan serba ringkas itu.

Rasanya posting ini hanyalah permulaan. InsyaAllah akan menyusul tiba akan datang. Kepada blogger yang lebih kanan, silalah komen & memberi tips-tips berguna tentang pengendalian blog ini.

Sekian, terima kasih.