UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA
PUSAT
PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN
JABATAN
PENGAJIAN BAHASA
|
SGRM 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TUGASAN
1
Terdapat 12 kategori
tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Huraikan empat kategori
tatabahasa bahasa Melayu berdasarkan aspek-aspek dibawah:
·
Kenal pasti
tokoh/pelopor setiap kategori tersebut.
·
Jelaskan idea
asas yang dibawa oleh pelopor tersebut.
·
Perincikan
kepentingan setiap kategori tersebut.
DISEDIAKAN OLEH:
1
|
210175
|
710831025820
|
HASNI BINTI
MOHAMAD SALLEH
|
2
|
210176
|
730519035109
|
MD RANI BIN OMAR
|
3
|
210177
|
740520026161
|
KIZZON BIN AHMAD
|
4
|
210495
|
730516105634
|
AZLIFAH BINTI
KAMARUDDIN
|
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. HISHAMUDIN ISAM
TARIKH SERAHAN:
5 MEI 2012
Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan satu
bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara. Pengangkatan martabat
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar dalam pendidikan
menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Secara amnya, teori bahasa
sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa
yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat
dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan
itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta
mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.
Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa
yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya.
Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan
umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa
dahulunya dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002)
secara rin gkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina
bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa
Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan
ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula
mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara
perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai
makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Menurut Siri Hajar
(1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan
dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan
perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan
perkataan lain, tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta
pengklasifikasian unsure-unsur ucapan menurut fungsinya.
Sebagai
kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang
sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan
atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru
yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik,
hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12
kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4
kategori tatabahasa yang akan kami huraikan. Antaranya ialah tatabahasa
transformasi generatif, tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan
tatabahasa fungsional.
TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF
Pengenalan
Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan
dalam bidang linguistik pada tahun 1957
oleh Avram Noah Chomsky. Beliau ialah
seorang ahli linguistik , pendidik , aktivis politik dan penulis Amerika
Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan dibesarkan di Philadelphia,
Pennsylvania.
Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada tahun 1945 dan pengajian sarjananya
pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania.
Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang
diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan
sepanjang tahun 1950- an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil
tatabahasa tranformasi generatif dalam bukunya yang bertajuk Syntactic
Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965) iaitu buku yang
telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini
terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus
matematik.
Tatabahasa Transformasi
Generatif mendapat sambutan dan popular dalam kalangan para linguistik
antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia. Pengaruh terhadap
tatabahasa Transformasi Generatif ini
bukan hanya setakat di Amerika sahaja malah telah menular ke negara-negara
Eropah dan juga ke Asia Tenggara khususnya Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa
Melayu yang sealiran dan seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui
bukunya iaitu Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulisnya pada
tahun 1971 , Abdullah Hassan melalui bukunya iaitu Linguistik Am tahun 1980 ,
Nik Safiah Karim melalui buku Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia
Syntax (1978) dan beberapa orang lagi ahli bahasa Transformasi Generatif
Melayu.
Tatabahasa Transformasi
Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian bahasa. TG memberi
tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang semantik. Dasar
utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan
sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah
struktur dalaman dan struktur permukaan.
Struktur dalaman ialah struktur yang
mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk
asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur
ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Ia
juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk
ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi.
Menurut Nik Safiah Karim
(1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu
peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua
peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus
tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan
membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan
menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada
kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang
terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat
pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis
rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa
seseorang individu.
Menurut Chomsky (1965), nahu
terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya.
Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan
bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat
membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah
didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu dibahagikan kepada tiga komponen
iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.
Menurut Hashim Haji Musa
(1993), komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon,
komponen kategori atau struktur frasa, komponen transformasi, komponen fonologi
dan komponen semantik. Komponen leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus
membentuk komponen dasar dan bergabung dengan komponen transformasi untuk
membentuk komponen sintaksis.
Rumusan
Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang
diasaskan oleh Chomsky memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa
sejagat. Aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan
tatabahasa dunia. Teori ini telah mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh
aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Pendekatan tatabahasa transformasi
generatif telah pun diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di Malaysia.
Penerapan ini dilakukan dengan beberapa pengubahsuaian dengan kehendak dan
kriteria bahasa Melayu.
Tokoh-tokoh bahasa di
Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah Hj Omar dan Hashim Hj
Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif dalam
penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti.
Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi senario
penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di
Malaysia.
TATABAHASA TRADISIONAL
Pengenalan
Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara
jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang
mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti kata lain, menurut nahu ini,
undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah
berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini
bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan
tepat sepanjang masa.
Teori Tatabahasa Tradisional
mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran
lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada bahasa asaran kepada bahasa
ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini kerana bahasa adalah
bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan secara deduktif.
Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan diaplikasikan
ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum biasa kerana
setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini menjadikan
masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.
PELOPOR TATABAHASA
TRADISIONAL
Tatabahasa
tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku
di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini. Teori Tatabahasa Tradisional oleh Panini telah mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai
ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk
membunyikan suara.
IDEA ASAS PANINI
Pengetahuan
linguitik tatabahasa di India
berasaskan daripada kajian yang dibuat tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa
yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig-Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan
Panini mengemukakan rencana bahasa yang
lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi
berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu
teori ini mementingkan bahasa tulisan.
Dalam hubungan ini, semua bahasa
mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Lalu bahasa Yunani bertapak kepada tatabahasa
Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di samping
itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan
dianggap sebagai kesalahan. Konsep teori
ini diikuti oleh huraian. pengajarannya
lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu
terjemahan. Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan
yang merupakan kajian yang berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan
tatabahasa ini terletak pada caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan
pemerhatian yang halus.
KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI
Kajian
Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala
perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa
tradisional atau Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di
Eropah yang membuka jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan
tatabunyi yang dinyatakan oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis
bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara
bahasa-bahasa yang berhubungan kepada penemuan linguistik perbandingan. Teori
ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato yang telah mendefinisikan ayat
sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu ‘Logos’.
Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional
Panini ( Zaman India 2- 200 SM)
Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM )
Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM )
Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance )
Jason Grimm ( Zaman Perbandingan )
Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 )
TATABAHASA STRUKTURAL
Definisi Tatabahasa Struktural
Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa
penghuraian (description). Oleh itu, aliran
Tatabahasa Struktural menekankan bahawa
tatabahasa: “….. is concerned with the observable forms, structural
functions and inter- relations of the components of sentences of stretches of
utterance” ( Robins, 1971). Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud “….
merangkumi bentuk –bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling
perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan”.
Tokoh- Tokoh Tatabahasa Struktural
Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa
seperti Bloch, Haris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi
mereka. Aliran ini digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian. Tatabahasa
Struktural dikait dengan era Linguistik
Moden. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah
Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya
dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course
in general Lingistik. Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk.
Dengan itu lahirlah
Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian
bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand
berkembang dengan pelbagai mazhab
antaranya ialah mazhab Geneva,
Draha dan Glosematik. Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz Boas dan
Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli
linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S Haris menjalankan kajian linguistik
secara struktur. Usaha Haris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural Linguistik
(1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat mementingkan
langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji bahasa. Sementara
itu tokoh Tatabahasa Struktural Melayu
Era Tahun 1960-an ialah Asmah Hj. Omar (1968) -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya)
dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola.” Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) - An
Introduction to Malay Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) - Bahasa Malaysia Kini:
Satu Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V) dan asraf (1971) - Mari Belajar Bahasa Kita.
Hasilan Asmah Hj. Omar
(1993). Nahu Melayu Mutakhir,Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan
aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang
digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran Linguistik
London. Ini kerana asas linguistik Asmah
berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau
terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu
dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas
iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih
cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala
bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga
banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara
mendalam.
Fokus pengkajianTatabahasa
Struktural ialah aspek penghuraian
struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit
bunyi, dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa
terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri
Tatabahasa Struktural ialah:
·
Bahasa ialah pertuturan bukan
tulisan
·
Bahasa ialah satu sistem
·
Sistem bahasa ialah arbitari
·
Bahasa adalah untuk perhubungan
Aliran Struktural menekankan pertalian struktur tersendiri,
maka kajian bahasa dijalankan dalam
pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada peringkat
morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan
taburan kata-kata dalam struktur ayat.
Pada peringkat sintaksis, aliran struktul memberi tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat
ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang
memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan
selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar.
Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate
Constituent Analysis).(Fries, 1957). Secara khususnya cirri-ciri Tatabahasa
Struktural ialah
·
Mementingkan
bentuk atau struktur yang sebenarnya
terdapat dalam sesuatu
bahasa
·
Tidak bertitik tolak
daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam
sesuatu unsur tatabahasa
·
Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat
·
Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan
metafizik
·
Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul
Rumusan
Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep
struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan
struktur sesuatu bahasa.
TATABAHASA FUNGSIONAL
Pengenalan
Tatabahasa Fungsional (Functional
Grammar) sebenarnya adalah merupakan nama sekumpulan teori linguistik yang
secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik fungsional (linguistic
functionalism), termasuk di dalamnya functional discourse grammar yang
dibangunkan oleh linguis Belanda Simon Dik dan systemic functional grammar yang
dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael A. K. Halliday.
Di
samping itu juga, pandangan Choamsky
yang mendapat penambahbaikan dari Simon
C.Dick (1978) telah mengembangkan tatabahasa fungsional. Tata
bahasa ini didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi. Dalam
pada itu juga, tata bahasa ini tidak diakui sintaksis sebagai sistem yang
otonom, melainkan sistem ini didasarkan pada semantik (Dick,1978).
Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik moden.
Tatabahasa fungsionalnya juga merupakan
instrumen simbolik yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi. Pandangan tatabahasa
fungsional mendasarkan bahawa struktur bahasa tidak akan difahami secara tidak
baik apabila prinsip pragmatik diabaikan. Kajian sintaksis dan semantik dilihat
sebagai satu dasar konvensyen pragmatik yang menentukan penggunaan bahasa
sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk kemampuan gramatikal untuk
mengekspresi bahasa, sedangkan pragmatik berkemampuan menggunakan ekspresi
bahasa secara sesuai demi mewujudkan kejayaan sesebuah komunikasi. Oleh kerana itu, tatabahasa fungsional melibatkan
fungsi sintaksis, fungsi semantik dan fungsi pragmatik.
Secara
umumnya, tatabahasa fungsional (TBF) adalah teori yang berusaha menjelaskan
susunan bahasa semulajadi dari segi fungsionalnya. Kerana itulah pengembangan teori ini memusatkan
perhatiannya kepada tiga perkara yang
saling berkaitan, iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi, (2) fungsi hubungan yang
terjadi pada pelbagai peringkat susunan tata bahasa, dan (3) sasaran yang ingin
dicapai.
Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-teori tata bahasa fungsional ini harus memenuhi tiga standard, iaitu:
1. Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat diterapkan dalam
Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-teori tata bahasa fungsional ini harus memenuhi tiga standard, iaitu:
1. Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat diterapkan dalam
mana-mana bahasa semulajadi.
2. Pragmatik. Ertinya, rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman mengenai
2. Pragmatik. Ertinya, rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman mengenai
bagaimana ungkapan-ungkapan dapat digunakan secara efektif dalam interaksi
komunikatif.
3. Psikologi. Ertinya, apa-apa yang dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus
3. Psikologi. Ertinya, apa-apa yang dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus
bersesuaian dengan perkara-perkara yang
telah diketahui.
Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi yang menjadi perhatian, iaitu:
1. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient], Penerima [Recipient], dsb.)
Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi yang menjadi perhatian, iaitu:
1. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient], Penerima [Recipient], dsb.)
Fungsi
ini mendefinisikan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam suatu peristiwa
atau perbuatan sebagaimana ditunjukkan oleh predikat.
2. Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek).
2. Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek).
Fungsi
ini mendefinisikan bagaimana sudut pandang suatu peristiwa atau perbuatan
diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang diungkapkan.
3. Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan Fokus).
3. Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan Fokus).
Fungsi
ini mendefinisikan status maklumat yang diungkapkan dan menyambung ungkapan-ungkapan yang ada
dalam perbincangan atau wacana yang sedang berlangsung itu. Interaksi verbal
yang sedang berlangsung juga dapat digunakan sebagai alat analisis atas
pelbagai aspek bahasa dan penggunaan bahasa, maka tatabahasa fungsional
berupaya sekaligus dapat memaksimumkan tahap
tipologis dan meminimakan peringkat abstraksi analisis linguistiknya.
Usaha ini dilakukan dengan mengurangkan kadar abstraksi (aturan, cara kerja,
atau prosedur), sehingga jarak antara struktur berdasarkan teori ini dapat
disusun dan disempitkan. Sekatan abstraksi dilakukan dengan mengikut
prinsip-prinsip berikut:
1. Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur);
2. Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan
1. Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur);
2. Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan
ekspresi;
3. Menolak peranti penapis (filter devices);
4. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai gantinya, hubungan
3. Menolak peranti penapis (filter devices);
4. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai gantinya, hubungan
semantik antara kata dilakukan melalui
definisi makna.)
Secara
ringkas, formal grammar (atau umumnya disebut grammar sahaja) adalah
seperangkat aturan yang mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam suatu
bahasa atau ilmu mengenai hal itu. Sementara functional grammar adalah model
tatabahasa yang memasukkan unsur fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu
rangkaian sistem-sistem yang disambungkan dalam menghasilkan makna. Dengan kata
lain, tata bahasa atau tatabahasa formal hanya tertarik dengan susunan atau
proses penyusunan bentuk kata, frasa, atau ayat, sedangkan, tatabahasa
fungsional memusatkan perhatiannya pada bagaimana para pengguna bahasa memilih
dan menggunakan bentuk atau susunan kata, frasa, atau ayat tertentu dalam
menyampaikan makna yang mereka inginkan. Pilihan yang mereka gunakan itu sudah
tentu tidak akan hanya mahal bentuknya saja, tetapi juga hal-hal kontekstual
yang lain.
Rujukan
Abdullah Hassan.(2006). Morfologi.
Kuala Lumpur:
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Arbak Othman .(1984). Permulaan
ilmu linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn.Bhd.
Asmah Hj Omar.(2008). Nahu
Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar.(2008). Nahu
kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Hashim Haji Musa.(1993). Binaan
dan fungsi perkataan dalam bahasa Melayu suatu huraian dari
sudut transformasi generatif. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Laman sesawang http://www.ifi.unizh.ch/CL/volk/syntaxVorl/Chomsky.html
Laman sesawang http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-
Laman sesawang http://www.scribd.com/doc/65446858/57/Perbezaan-antara-Tatabahasa-Tradisional-dengan-Tatabahasa-Preskriptif
Nik Safiah Karim.(1978).
Bahasa Malaysia syntax some aspects of its standardization. Kuala
Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim.(1993). Tatabahasa
dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul
Hamid Mahmood
(2011).Tatabahasa
dewan (edisi ketiga).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.