Tuesday 12 July 2011

Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SKPP 2011

Cara-Cara Memasak Semasa Di Hutan

Pada Cuti Pertengahan Penggal yang lalu, Unit Beruniform SKPP telah mengadakan aktiviti perkhemahan secara dalaman. Aktiviti tersebut diadakan di dalam kawasan sekolah SKPP. Berbagai-bagai aktiviti dilakukan termasuklah pertandingan memasang khemah, pertandingan kawad, pertandingan memasak dan sukaneka. Salah satu aktiviti yang menarik minat murid ialah aktiviti memasak semasa di hutan. Murid amat teruja untuk mempelajari teknik memasak ini kerana mereka belum pernah mengalami dan melakukannya.


Guru memberi penerangan
Guru yang mahir dan pakar dalam aktiviti memasak telur dengan menggunakan ubi kentang yang digunakan semasa berada dalam hutan telah dijemput untuk memberi penerangan dan mengajar murid-murid cara memasak. Penerangan yang terperinci telah diberikan untuk memastikan murid-murid faham dan tahu cara untuk memasak. Murid-murid mendengar dengan tekun setiap penerangan yang disampaikan oleh guru. Ini kerana teknik memasak seperti ini adalah satu kelainan bagi mereka. Mereka tidak pernah cuba dan merasakan bagaimana memasak sedemikian sebelum ini.


Murid-murid mendengar taklimat yang disampaikan

Murid-murid menyalakan api
 Kerjasama dalam kumpulan dapat dilihat semasa murid-murid menyalakan api. Ada murid yang ditugaskan untuk mencari kayu api, murid yang mencari bahan dan murid yang menyalakan api. Mereka berusaha dan cuba sesama ahli kumpulan menyalakan api dan memasak.

Memotong ubi kentang dan memasukkan telur ke dalamnya
 Mereka juga telah mempelajari untuk memasukkan telur di dalam ubi kentang untuk dimasak. Selepas itu ubi kentang tersebut akan dimasukkan ke dalam tanah dan diletakkan api di atasnya untuk memasak.

Guru membantu murid memasak telur hingga masak

Aktiviti ini akan diselia dan dibantu oleh oleh guru. Guru akan memastikan telur yang dimasak itu betul-betul masak barulah dikeluarkan dari api. Di sini dapat dilihat murid-murid begitu teruja dan seronok untuk mencuba masakan yang mereka sendiri buat.

1 comment: